Tuesday, November 17, 2009

Khemah Ibadah di Smkb

Pada 23-25 Oktober yang lalu, khemah ibadah telah dijalankan oleh pihak smkbera untuk pelajar-pelajar yang bermasalah. Kem ini dibuat untuk pelajar bermasalah yang terlibat dengan masalah disiplin dan melanggar peraturan sekolah. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar tingkatan 1 & 2 yang terlibat dengan kem tersebut.
Terdapat banyak slot yang telah disusun untuk memastikan pelajar mendapat impak dan kesan yang berguna selepas menghadiri kem tersebut.
Terdapat satu slot yang telah dikendalikan oleh ahli alumni Smk Bera. Slot yang telah dikendalikan oleh alumni amat berkesan untuk menyedarkan pelajar. Slot tersebut adalah berbentuk motivasi dalam diri pelajar, menyesali kesalahan dan juga menghargai ibubapa. Para pelajar menginsafi perbuatan dan kesalahan mereka sehingga menitiskan airmata tanda kekesalan. Begitu hebat pengendali slot berkenaan yang terdiri daripada bekas pelajar smkbera.. Syabas!!!

Tuesday, September 15, 2009

AHLI JAWATANKUASA KELAB ALUMNI SMKBERA

PENGERUSI :
MUHAMAD RIZALMI BIN MD AKIR
(013-6904631)

NAIB PENGERUSI :
FADZIL AZHA BIN OTHMAN
(013-9417454)

SETIAUSAHA :
SAENAH BINTI BASRI
(019-9808210)

NAIB SETIAUSAHA :
NORMARINA BT HUSSIN
(019-9063162)

BENDAHARI 1:
ROSMARIA BT JAAFAR
(017-9585886)

BENDAHARI 2 :
NORMANISAH BINTI MOHD ILIAS
(013-3157870)

AJK :
NORZAHIAN BT MOHD BAHARI (012-3545705)
SITI ROSDALINA BT ZINON (013-3196432)
MOHD SUFIAN BIN HAMIN (013-9468688)
BADRUL HISYAM BIN ABD RAHMAN (019-6489440)
NORSUZANA BINTI RAZAK (019-2458612)
NORHAYATI BINTI SAMIDI (013-7292571)
SUZANA BINTI ABD RAHMAN (013-9518422)
NORMAZATI BINTI MOHD SALLEH (013-2695247)

Sebarang masalah atau pertanyaan, sila berhubung dengan
Saenah Bt Basri (Setiausaha Kelab Alumi SMK Bera)
Tel : 019-9808210
Fax :09-2461502
Email :alumismkbera@yahoo.com
Website alumni :alumnismkbera.blogspot.com
Website sekolah : http//ppdbera.net/sekolah/smkbera32/index.html

Saturday, September 5, 2009

Selamat Datang Alumni SMK Bera Bandar 32

Penubuhan Kelab Alumni Smk Bera.

Pada 19 Jun 2009, mesyuarat kali pertama Kelab Alumni Smk Bera Bandar 32 telah diadakan bertempat di bilik gerakan Smk Bera dan beberapa AJK telah dilantik. Di dalam mesyuarat tersebut yang dihadiri oleh bekas-bekas pelajar Smk Bera Bandar 32, telah dinyatakan matlamat, objektif dan rasional menubuhkan Kelab Alumni Smk Bera..

Antara matlamat dan objektif penubuhan kelab ialah :
*Mengumpulkan semula bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut di Smk Bera disamping mengeratkan silaturahim dan menjalinkan kembali ukhuwah persahabatan yang telah lama terputus hubungan.
*Membantu adik-adik yang sedang menuntut ilmu di Smk Bera sedaya yang boleh untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan menyeluruh dalam semua aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek.
*Mengumpul dana untuk mengadakan program-program motivasi atau program lain yang difikirkan perlu untuk membantu adik-adik pelajar.

Semua bekas-bekas pelajar yang pernah menuntut ilmu di SMK Bera dialu-alukan menyertai kelab ini. Tidak mengira pangkat, darjat, pekerjaan atau umur.Semua boleh menyertai kelab.

'Join da club'