Tuesday, November 17, 2009

Khemah Ibadah di Smkb

Pada 23-25 Oktober yang lalu, khemah ibadah telah dijalankan oleh pihak smkbera untuk pelajar-pelajar yang bermasalah. Kem ini dibuat untuk pelajar bermasalah yang terlibat dengan masalah disiplin dan melanggar peraturan sekolah. Seramai lebih kurang 80 orang pelajar tingkatan 1 & 2 yang terlibat dengan kem tersebut.
Terdapat banyak slot yang telah disusun untuk memastikan pelajar mendapat impak dan kesan yang berguna selepas menghadiri kem tersebut.
Terdapat satu slot yang telah dikendalikan oleh ahli alumni Smk Bera. Slot yang telah dikendalikan oleh alumni amat berkesan untuk menyedarkan pelajar. Slot tersebut adalah berbentuk motivasi dalam diri pelajar, menyesali kesalahan dan juga menghargai ibubapa. Para pelajar menginsafi perbuatan dan kesalahan mereka sehingga menitiskan airmata tanda kekesalan. Begitu hebat pengendali slot berkenaan yang terdiri daripada bekas pelajar smkbera.. Syabas!!!

No comments:

Post a Comment